Bawah header

Biar mata tak bertemu, Biar doa yang menyatu° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° ° °

Snow Ball

#KeepSmile

Semangat aku mula kembali bila terbaca nukilan dia

- via http://zahiriladzim.blogspot.my/2016/01/orang-tak-faham.html


orang tak faham 

Seriously, kita sibuk nak orang faham kita untuk apa? 
Betul - betul nak semua orang faham kita?
Nak sampai tahap kita buat apa pun, orang faham? 
Untuk apa kita beriya - iya sangat nak orang faham ni?

Atau memang hidup, dilukiskan Allah untuk orang tak faham kita.
Itulah cabaran dia, ye dak?

Jadi bayangkan kalau semua orang faham kita. 
Kita jalan kaki tengah - tengah orang ramai, 
dengan senyuman penuh lebar, sebab SEMUA orang FAHAM kita. 
Kita korek hidung tengah bandar pun, 
senyum je sebab orang keliling semua faham yang
kita perlu korek hidung time tu.

Itu ke yang kita nak? 

Apakah kehendak untuk 'orang faham' kita itu benar - benar perlu?

Sejak pada itu, aku rasakan yang aku boleh hidup kalau orang tak faham aku.
Itu bukan satu keperluan dalam hidup aku lagi. Tak penting. 

Tapi hari ini, tiba - tiba dia datang. Mengganggu aku. "





"memang susah orang nak faham kita walaupun kita senang je nak faham mereka. 
Sama kes macam kita seboleh-bolehnya tak mahu buat orang kecil hati disebabkan kita,
tapi orang lain bercakap dengan gaya lidah tak bertulang 
dan tak peduli pun kalau kita kecil hati. 
Jadi, kita bertabah sajalah kalau orang tak faham kita kan...janji Allah faham kita.."



                                                                ♥ mutiara